Saturday, July 18, 2009

KACANG LUPAKAN KULIT...


Kacang lupakan kulit, habis madu sepah dibuang, sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.. macam-macam istilah atau peribahasa yang boleh digunakan bagi menggambarkan betapa manusia ada yang jenis mudah lupa dan buta hati apabila kepentingan diri diletakkan di depan berbanding perjuangan yang hakiki.

Chua Jui Meng, Zaid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan ramai lagi manusia yang di dalam tubuh badan mereka mengalir darah daging hasil dari nikmat yang diperolehi daripada UMNO dan Barisan Nasional, hari ini dengan bangganya mendabik dada di pentas pembangkang kononnya UMNO dan Barisan Nasional teramat jahat, busuk dan hina.. secara mudahnya, kalau itulah tanggapan mereka, maka darah daging yang mengalir dalam diri mereka juga amatlah busuk, keji, hina dan bersifat kejahatan..

Kita tak perlu hairan atau gentar dengan tindakan golongan yang seperti ini kerana kita sedar bahawa mereka yang bertindak sedemikian sebenarnya telah kehilangan kepercayaan dan kredibiliti sehingga UMNO dan BN tidak lagi menyediakan tempat tertinggi dan terbaik untuk mereka seperti sebelumnya. Dan perlu diingat bahawa kerana mereka jugalah selama ini merosakkan BN dan ini sememangnya disedari dan diakui oleh kepimpinan BN.. Apapun, pada hemat saya, biarlah luncai terjun dengan labu-labunya kerana luncai yang terjun itu mungkin merasakan labu-labu itu lebih selamat daripada kapal tanpa dia sedari bahawa ada LABI-LABI yang sedang menanti didasar sungai.. salam hormat

Tuesday, June 23, 2009

KATEGORI ORANG GILA...



1) Orang gila tak pernah mengaku dia gila.

2) Orang gila selalu anggap orang lain yang gila

3) Orang yang mengaku gila selalunya tidak gila

4) Orang gila tak akan sedar bahawa dia gila

5) Orang tak gila tahu siapa yang gila

Secara mudah fahamnya, sang Nizar ni termasuk di dalam salah satu kategori gila atau lebih. Dia tak pernah mengaku tetapi menuduh orang lain pulak yang gila.. gila kuasa, gila bayang bahkan gila babi!!(Kedah sejahtera).. Orang gila tak pernah malu untuk melakukan benda2 yang pelik. Lebih teruk lagi, perlakuan orang normal yang tak gila, akan dianggap pelik dan gila oleh orang gila...(PR).
Apabila diri sudah gila, tuhan pun depa tak heran punya.. tambahlah sesama manusia dan makhluk lain, lagi depa tak heran.. Lebih teruk lagi, mereka beranggapan tempat orang gila di akhirat kelak adalah syurga seperti ajaran agama kita.. PAS pulak meletakkan ketetapan yang mudah untuk masuk syurga termasuklah "undi PAS masuk syurga".. Maka jadilah sang Nizar dan PR seperti orang gila yang normal untuk masuk syurga!!

LIDAH BERCABANG